Perpustakaan UTM, Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah telah dikunjungi oleh pelajar dan tenaga pengajar dari Universiti Sains Malaysia, Kampus Pulau Pinang pada 7 April 2019. Lawatan tersebut terdiri daripada 35 orang pelajar dan 1 orang pensyarah. Lawatan telah dikendalikan oleh Pembantu Pustakawan Kanan Puan Norizan Binti Yunus dan Puan Nor Shaliza Binti Mohd Basarudin selaku wakil dari Bahagian Perkhidmatan manakala Puan Siti Rahidah Binti Radzuan selaku wakil dari Bahagian Galerium.

Skop lawatan adalah meliputi perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan UTM. Selain daripada itu, pelawat juga didedahkan kepada Galerium UTM. Lawatan yang bermula pada jam 4.20 petang tamat pada jam 5.15 petang.

Artikel disediakan oleh: Pn Syazwani Syamimi Mat Pauzi

Share this :