Program Book Review @ UTMKL bagi Siri 26/2019 telah diadakan pada 8 Ogos 2019, Khamis bertempat di Perpustakaan Menara Razak UTMKL. Tepat jam 8.30 pagi, program dimulakan dengan pengulas pertama iaitu Ts.Dr. Rozzeta Binti Dolah dengan buku bertajuk No Limits yang dikarang oleh John C.Maxwell. Buku ini mempunyai tiga bahagian utama. Pertama bagaimana perlu buang halangan untuk capai matlamat iaitu kena buang segala yang negatif, ambil semua yang positif. Kedua jenis kapasiti yang perlu ada dalam diri untuk mencapai sesuatu matlamat melalui energi, emosi, pemikiran, kreatif, produktiviti dan kepimpinan. Ketiga lakukan perkara yang positif untuk mencapai matlamat melalui karakter, disiplin, niat, sikap, risiko, growth capacity dan pasangan. Secara kesimpulannya melalui pembacaan buku ini pilihan yang bijak membolehkan diri untuk mencapai potensi keseluruhan dan berjaya membentuk keupayaan yang sedia ada.

Ts Dr. Rozzeta Dolah mengulas buku bertajuk No Limits

 

Pn Karmila Khalid mengulas buku bertajuk La Tahzan-Jangan Bersedih

Pengulas kedua iaitu Pn. Karmila Binti Khalid dengan buku bertajuk La Tahzan – Jangan Bersedih merupakan hasil terjemahan Noraine Abu. Antara rumusan buku ini adalah setelah kesulitan ada kemudahan, kembali dan berubah kepada Allah, jangan difikir perkara yang lepas dan perlu positif, berlapang dada, redha dengan apa yang berlaku, jangan mencintai manusia melebihi rasa cinta daripada Allah, Allah akan mengampunkan dengan syarat buang yang keruh ambil yang jernih, maafkan orang lain, redha atas perkara yang berlaku dan yakin Allah sentiasa menolong hambanya.

Disediakan oleh Pn Nurrull Huda Abdul Wahid

Share this :