Perpustakaan UTM adalah penerima saguhati Anugerah Penilaian Kelestarian (Green Leaf) 2018 bagi Kategori II (Pejabat/Bahagian) yang telah disempurnakan oleh Naib Canselor, YBhg Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar sempena Majlis Perhimpunan Naib Canselor dan Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2019 pada 6 Ogos 2019 di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru.
Anugerah oleh Pejabat Pelestarian Kampus (UTMCS) merupakan inisiatif, komitmen serta usaha berterusan jabatan di UTM dalam memelihara dan menggiatkan aktiviti kelestarian di pejabat atau di kampus. Green Leaf merupakan instrumen tunggal di UTM bagi mengaudit, mengiktiraf dan memaparkan bukti pangkalan data PTJ/Unit/Bahagian di UTM setiap tahun melibatkan urustadbir merentasi perkhidmatan, pentadbiran, akademik dan penyelidikan yang lestari.
Artikel disediakan oleh Puan Kamariah Mohamed Jong