Seramai 39 orang pelajar tingkatan 5 dan 3 guru pengiring dari Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh, Pahang telah melawat Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM Johor Bahru pada 25 Ogos 2019, sekitar jam 2.30 petang. Lawatan ilmiah ini dikendalikan oleh Puan Nor Shaliza Mohd Basarudin dan Puan Suraya Jaapa dari Bahagian Perkhidmatan Maklumat dan Penyelidikan, Perpustakaan UTM.
Peserta lawatan telah diberikan penerangan berkaitan perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan UTM kepada para penggunanya dan mereka sangat teruja merasai persekitaran pembelajaran di UTM yang turut menempatkan pelajar antarabangsa dari pelbagai negara.
Peserta lawatan juga tidak melepaskan peluang untuk turut mengunjungi Galerium Perpustakaan UTM yang menempatkan pelbagai peralatan dan perkakasan yang digunakan sejak awal penubuhan UTM dan mempelajari serba sedikit tentang sejarah UTM. Sesi lawatan berakhir pada jam 4.00 petang.
Artikel disediakan oleh Puan Nor Aishah P. Mosar