Program Book Review @ UTMKL bagi Siri 27/2019 telah diadakan pada 22 Ogos 2019, Khamis bertempat di Perpustakaan Menara Razak UTMKL bermula jam 8.30 pagi.

Pn. Eva Sriaza binti Muhammad Ariff mengulas buku bertajuk Suami memimpin Isteri Mengurus – Stress!

Program dimulakan dengan pengulas pertama iaitu Pn. Eva Sriaza binti Muhammad Ariff dengan buku yang bertajuk Suami Memimpin Isteri Mengurus – Stress! yang dikarang oleh Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih) . Buku ini menghimpunkan cerita-cerita tentang kekeluargaan. Didalam buku ini ianya terbahagi kepada dua perkara iaitu Suami sebagai pemimpin dan Isteri menguruskan stress.

Suami adalah pemimpin kerana lelaki hanya boleh fokus pada satu perkara dalam satu masa tertentu.dan mereka mudah lupa. Adalah menjadi tanggungjawab isteri untuk mengingatkan suami. Selain itu, lelaki tidak suka ayat berbunga-bunga dan mengharapkan wanita untuk berterus terang tanpa perlu berdolak dalik. Lelaki juga tidak suka wanita berleter. Jadikan komunikasi positif sebagai satu amalan dalam kehidupan seharian. Suami pula perlu meminta maaf pada isteri jika ada melakukan kesilapan dan perlu banyak bersabar. serta kerap memuji isteri.

Isteri pula perlu bijak menguruskan stress kerana wanita terlalu memikirkan persepsi orang sekeliling. Wanita mempunyai kelebihan untuk berfikir banyak perkara dalam satu masa yang membawa kepada kerisauan terhadap perkara yang tidak pasti.

En. Muhammad Nur Azam bin Saari mengulas buku bertajuk Take Up Rock Climbing

Pengulas kedua iaitu En. Muhammad Nur Azam bin Saari memilih buku yang bertajuk Take Up Rock Climbing hasil tulisan Geoff Birtles. Buku ini memberi pendedahan bahawa aktiviti Rock Climbing merupakan sukan rekreasi yang selamat sekiranya mengikut tatacara yang betul. Sebelum berjinak dengan sukan ini, kita perlu bersedia dengan peralatan.

Peralatan utama yang perlu ada ialah tali yang dinamik. Tali ini diperbuat daripada campuran bahan getah, berspring dan statik, Ia biasa digunakan untuk tugasan keselamatan. Tali tersebut perlu dielakkan dari terkena pasir dan garam kerana ia boleh menyebabkan kerosakan.

Antara peralatan lain yang diperlukan semasa rock climbing adalah Harness yang akan dipakai dibadan dan boleh menampung berat 100 kg). Terdapat 2 jenis Harness iaitu untuk menampung badan atas dan bawah badan. Perlatan lain termasuklah Carabiner, Figuere, Descender, Pully serta kasut yang bersesuaian.

Penggemar sukan ini perlu mengetahu asas simpulan tali seperti  Thumb Knot, Fisherman Knot dan Bowline Knot.

Artikel disediakan oleh Nurrull Huda Abdul Wahid

Share this :