Program Book Review Siri 29/2019 telah diadakan berlangsung dengan meriahnya pada jam 8.30 pagi. 2 orang lagi penyampai telah mengulas buku pilihan masing-masing. Penyampai pertama ialah En.Roseli Bin Ali dengan tajuk buku “Dahsyatnya Doa Ayah” ditulis oleh KH. Muhammad Rusli Amin.
Buku ini menceritakan tentang pengorbanan serta kekuatan seorang ayah di dalam mengemudi bahtera sebuah keluarga. Allah berfirman : “Hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua.” Tidak ada perbezaan darjat di antara berbuat baik kepada ibu atau ayah, begitu juga penghormatan, keduanya sama-sama di sisi Allah.
Ayah merupakan pemimpin keluarga, imam dalam rumah tangga serta bertanggungjawab atas kebaikan dan keburukan keluarga. Oleh itu, seorang ayah perlu menzahirkan rasa kasih sayang dalam keluarga, adil serta bijaksana. Doa seorang pepimpin yang adil dimakbulkan Allah. Maka tidak diragukan lagi doa ayah adalah sangat mustajab. Rasulullah bersabda: “Doa ayah untuk anaknya sama dengan doa seorang nabi untuk umatnya.”
Penyampai kedua pula iaitu En. Muhaimin Bin Sulong Tuah dengan bukunya yang bertajuk “First Thing First” ditulis oleh Stephen R.Covey.
Buku ini menekankan tentang matriks pengurusan masa yang terdiri daripada empat komponen utama iaitu
1. Penting dan Segera
2. Penting dan Tidak Segera
3. Tidak Penting dan Segera
4. Tidak Penting dan Tidak Segera
Perkara lain yang dikongsi adalah bagaimana kita menentukan dan mengkoordinasi diri kita supaya dapat menyiapkan kerja dengan cepat, mengutamakan perkara yang harus diutamakan. Kebolehan bersinergi serta kerjasama dalam organisasi memerlukan dasar komunikasi yang mantap agar penyelesaian masalah dapat dilaksanakan bersama.
Kesimpulannya, kita perlu mengutamakan yang utama dengan menggunakan peruntukan masa 24 yang diberikan kepada kita. Oleh itu, gunakanlah masa itu sebaik-baiknya.
Disediakan oleh Pn Nurrull Huda Abdul Wahid