Taklimat Pustakawan Semester I 2019/2020 telah diadakan pada 3 September 2019 (Selasa) bertempat di Bilik Tayangan, Aras 3, Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM Johor Bahru bermula pada jam 9.30 pagi hingga 5.00 petang. Tujuan utama taklimat ini diadakan adalah untuk mejadi platfom kepada pustakawan berkongsi maklumat terkini unit atau bahagian secara umum dah khasnya mengenai perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan yang ditawarkan kepada pengguna. Selain daripada itu, ianya juga berfungsi sebagai saluran dalam memberi penjelasan tentang peranan serta tanggungjawab pustakawan yang bertugas di Meja Perunding Sokongan Penyelidikan Pengguna sebagai langkah mempersiapkan pustakawan sebelum, semasa dan selepas bertugas.

Sasaran taklimat adalah kepada pustakawan namun begitu ianya turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pustakawan dan Ketua Bahagian. Manakala fasilitator yang terlibat terdiri daripada dan Pustakawan setiap unit. Fasilitator yang terlibat juga terdiri En Yusrul Hisham Mohd Yusof (Bahagian Automasi), Pn Junaidah Abdullah (Bahagian Repositori Metadata), Pn Syazwani Syamimi Mat Pauzi (Bahagian Perkhidmatan Maklumat dan Penyelidikan), Cik Nazrinda A. Samah (Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Penyelidikan & Sirkulasi), Pn Haliza Zainal (Bahagian Perkhidmatan Maklumat dan Penyelidikan), Pn Liza Porijo (Bahagian Perkhidmatan Maklumat dan Penyelidikan), Pn Haslinda Sabari (Bahagian Repositori Metadata), Dr. Siti Nisrin Mohd Anis (Bahagian Perkhidmatan Maklumat dan Penyelidikan), Syahranah A. Raqi (Bahagian Perkhidmatan Maklumat dan Penyelidikan), Pn Muzaimah Mohd Yunus (Bahagian Pembangunan Sumber dan Katalog) dan Pn Zurina Rosmani (Bahagian Pembangunan Sumber dan Katalog). Sesi soal jawab dijalankan sepanjang taklimat diberikan bagi memberi peluang pustakawan merungkai persoalan dan lebih memahami kepada maklumat yang disampaikan. Selain itu,  ada juga pustakawan yang berkongsi pengalaman sama ada berkenaan tugas harian atau semasa memberi khidmat kepada pelanggan perpustakaan bagi memberi panduan kepada pustakawan yang lain sekiranya menghadapi situasi yang sama.

Semoga taklimat yang diberikan sedikit sebanyak memberi manfaat kepada pustakawan dalam membuat persiapan bertugas di meja sokongan penyelidikan.

Disediakan oleh Pn Syazwani Syamimi Mat Pauzi

Share this :