Program Book Review Siri 30 menampilkan dua orang pengulas iaitu En. Mohd Sizal Sidek dan Pn. Siti Rahmah Othman yang berkongsi sedikit sebanyak maklumat serta ilmu daripada buku yang telah dibaca pada program Book Review@UTMKL.
Penyampai pertama En. Mohd Sizal Sidek mengulas buku yang bertajuk “27 Tertib Mazhab Bisnis Jepun” merupakan hasil penulisan Dato’ Zulkifli Malek. Buku ini menceritakan tentang cara menguruskan perniagaan berpandukan cara orang Jepun berniaga. Buku ini secara amnya menceritakan tentang tata tertib rakyat Jepun itu sendiri. Antara tertib-tertib yang diamalkan oleh masyarakat Jepun ialah berprinsip, jiwa berguru, kembali kepada asas, bersemangat, memperagakan dan banyak lagi. Mereka juga menerapkan dalam diri anak-anak sejak kecil tentang pentingnya menepati waktu. Dalam masyarakat Jepun mereka mengamalkan semangat kekitaan dari kelompok kecil sehinggalah ke kelompok yang lebih besar. Bukan itu sahaja, malah mereka juga akan membina hubungan yang baik tidak kira sesama pekerja, pelanggan mahupun majikan.
Manakala penyampai kedua pula iaitu Pn. Siti Rahmah Othman berkongsikan buku yang bertajuk “Projek Lavender” yang merupakan hasil karya bersama iaitu Pn. Noor Sa’adah Ahmad dan Dr. Noor Hayati Yasmin Nga Timin. Buku Lavender ialah warna reben kesedaran kanser secara umum mengumpulkan pengalaman sebenar daripada 22 kisah pesakit kanser terdiri 16 pengalaman yang dikongsi oleh doktor dan insan yang rapat dengan pesakit. Penulis telah menulis cerita yang disampaikan oleh pesakit kanser itu sendiri. Kanser ini terbahagi dalam pelbagai bentuk seperti kanser payudara, pankreas, hati, paru-paru, usus, limfoma, dan leukemia. Buku ini juga mecatatkan detik penting dalam kehidupan seorang pesakit kanser itu sendiri. Malahan, pesakit kanser yang menulis kisah mereka dalam buku ini juga sangat tabah dan kuat untuk berkongsi cerita.
#MalaysiaMembaca
#UTMMembaca
#UTMRead
Disediakan oleh Puan Nurrull Huda Binti Abdul Wahid.