Slot K-sharing kali ini disampaikan oleh Pn. Norzilah Binti Abd Aziz bertajuk “Penjagaan Rambut & Kulit Kepala” dengan berkongsi cara-cara dan juga tips mengenai penjagaan rambut yang betul.
Manusia dianugerahkan lebih kurang 100,000 helai rambut di atas kulit kepala. Setiap hari lebih kurang 100 helai rambut akan gugur dan digantikan dengan rambut yang baru. Rambut dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu folikel yang berada dalam kulit dan batang rambut (shaft) iaitu bahagian luar yang kita lihat. Bilangan folikel adalah kekal dan akan berkurangan mengikut usia. Penjagaan rambut amat penting bagi mengelakkan masalah-masalah seperti kelemumur, rambut rapuh dan bercabang, rambut gugur serta rambut yang terkena kutu.
Punca masalah rambut gugur dan kulit kepala terdiri daripada pelbagai bentuk seperti pemakanan yang kurang sihat serta tinggi lemak akan menjadikan kulit kepala berminyak dan dijangkiti kuman atau berkelumumur. Penjagaan rambut yang kurang juga boleh membuatkan rambut berbau serta kering. Perubahan hormon khususnya wanita mengandung atau selepas melahirkan anak akan menjadi sedikit terganggu dan tidak stabil pada tempoh masa tertentu. Tekanan stress yang tidak dikawal juga akan menyebabkan kemurungan dan seseorang itu mungkin akan mengalami penipisan rambut di bahagian kepala namun tidaklah begitu kronik.
Tips penjagaan rambut dan wanita adalah berbeza kerana jenis rambut yang ada pada lelaki sama sekali tidak serupa. Pemakanan juga adalah salah satu faktor dalam penjagaan rambut seperti yogurt yang mempunyai kandungan protein dan nutrien yang tinggi membantu pengaliran darah ke kulit kepala dan pertumbuhan rambut serta sayuran seperti bayam, lobak merah dan kekacang. Fakta juga mengatakan bahawa selepas sumsum tulang, rambut adalah tisu tubuh yang paling cepat tumbuh. Menyikat rambut pada waktu rambut dibasahkan boleh mengakibatkan rambut gugur lebih banyak, namun ada beberapa bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk merawat masalah rambut seperti minyak kelapa, lidah buaya, daun inai, avokado, minyak zaitun dan banyak lagi.
#MalaysiaMembaca
#UTMMembaca
#UTMRead
Disediakan oleh Puan Nurrull Huda Binti Abdul Wahid.