Program Book Review@UTMKL siri ke- 35 kali ini berbeza dari sebelum ini. Ianya merupakan Program Book Review@UTMKL Edisi Khas dengan menjemput Prof. Datuk Ir. Dr Wahid Bin Omar, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia untuk membuat ulasan buku pilihan beliau. Program yang bermula jam 11.30 pagi itu berlangsung di Wisdom Lounge, Perpustakaan UTM Kuala Lumpur. Buku yang di kongsikan oleh Prof. Datuk Ir. Dr Wahid Bin Omar adalah bertajuk “Thank You For Disrupting”, hasil karya hebat anak jati Perancis iaitu Jean Marie Dru. Seperti karya-karya motivasi lain yang banyak menekankan pencapaian hebat setiap pengasas terkenal, buku ini menceritakan tentang segala ilmu baru yang dihasilkan perlulah jelas dan difahami oleh pembaca.

Dalam membina kerjaya, kita tidak boleh sesekali meletakkan alasan sebagai penghalang dalam melakukan sesuatu perkara. Walaupun berkemungkinan kita tidak tahu ke mana halatuju yang bakal dilalui, setiap idea dan cadangan perlulah dirancang dengan strategik dan dilaksanakan dengan yakin. Proaktif dalam melaksanakan sesuatu perkara membolehkan apa yang dihajati dan yang diiginkan akan tercapai. Angan-angan dan tindakan perlulah selari dengan tujuan bukannya alasan.

Dalam menjayakan sesuatu projek, kerjasama diperlukan. Kita tidak boleh bergerak seorang, sokongan dan dorongan daripada orang sekeliling amat penting. Faktor komunikasi perlu diperkemaskan agar maklumat yang diterima sampai dan dilaksanakan dengan tepat oleh orang yang menerima arahan. Contohnya, dalam menjayakan sesuatu projek, staf perlu jelas apa kehendak dan hala tuju institusi, jadi staf sendiri perlu bersama-sama memberi komitmen dengan hasrat untuk mencapai matlamat dan kejayaan yang sama. Buku ini juga menerapkan budaya menulis kerana ianya mampu menambah banyak ilmu pengetahuan serta dapat memudahkan pelbagai kerja. Sesuatu yang tersirat perlu diluahkan ke dalam bentuk tulisan untuk dijadikan rujukan dan diteladani kepada yang lain.

#MalaysiaMembaca
#UTMMembaca
#UTMRead

Disediakan oleh Puan Nurrull Huda Binti Abdul Wahid.

Share this :