Perpustakaan UTM berdedikasi untuk mempromosikan budaya membaca dalam kalangan warganya dan pada masa yang sama membuat pengalaman membaca yang lebih mudah dan menyeronokkan untuk pembaca. Justeru, Perpustakaan UTM telah mengambil langkah untuk memulakan Inisiatif ‘UTM Library Book Exchange’ dengan tagline ‘Give a Book, Take a Book’ dengan cara kreatif untuk berkongsi bahan bacaan bagi membolehkan orang ramai meminjam dan membaca buku. Usaha ini adalah selari dengan seruan aktiviti Read@Uni yang dilaksanakan oleh semua institusi pendidikan negara.

Bagaimana Book Exchange ini berfungsi? Pengunjung perpustakaan hanya perlu membawa buku milik anda, letak dan tukarkan dengan buku lain yang ada di rak yang disediakan di ruang Perpustakaan.  Anda boleh mengambil seberapa banyak buku yang dikehendaki tetapi setiap buku mesti diganti atau ditukar dengan buku lain. Hanya bahan berbentuk buku sahaja yang diterima. Pihak perpustakaan tidak menerima buku rujukan, majalah atau jurnal. Buku hendaklah berada dalam keadaan yang boleh diterima dan tidak rosak.

Semoga usaha perpustakaan UTM ini memberi anjakan baharu dalam usaha memupuk kebiasaan membaca dan budaya pembelajaran dalam masyarakat. Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai ‘UTM Library Book Exchange’, sila layari laman web Perpustakaan UTM – www.library.utm.my

Artikel oleh Cik Salina Shamsuri

Share this :