Program Book Sharing siri 4 ini diteruskan lagi pada 6 Februari 2020 (Khamis) 8.30 pagi bertempat di Perpustakaan Menara Razak, UTMKL dengan menampilkan dua (2) orang pengulas iaitu Puan Noraini Binti Ramli, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (CICT), UTMKL dan Encik Mohd Huzaimy Bin Mohd Yusup, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (CICT), UTMKL.

Puan Noraini Binti Ramli menyampaikan buku yang bertajuk “Master P.I.E.S”

Pengulas pertama ialah Puan Noraini Binti Ramli memilih buku yang bertajuk “Master P.I.E.S” yang ditulis oleh Fazrul Ismail. P.I.E.S yang membawa maksud – Physical, Intellectual, Emotional, Spiritual adalah komponen dalam diri manusia. Memahami P.I.E.S. bermakna memahami jiwa kita sebagai manusia keseluruhannya. Walau bagaimanapun, keempat-empat komponen ini tidak akan hadir sebagai satu pakej dalam diri individu. Setiap manusia itu ada kekurangan dan kelebihan dan ada hak untuk mengubah diri sendiri. Justeru, naskhah ini memberi pendedahan dan tips untuk meneliti keupayaan dan kekurangan diri untuk kebaikan individu, keluarga dan orang di sekeliling.

Encik Mohd Huzaimy Bin Mohd Yusup menyampaikan buku yang bertajuk “Ya Bunayya!”

Pengulas seterusnya iaitu Encik Mohd Huzaimy Bin Mohd Yusup telah memilih buku “Ya Bunayya!”, terjemahan Ahmad Fahmi Zamzam. Buku  ini menghimpunkan nasihat Imam Ibnul Wardi Al Kindi Rahimahullah Taala (691-749H) (1292-1349) yang memuatkan qasidah beliau yang masyhur iaitu “Lamiyah Ibnil Wardi”. Gasidah tersebut mengandungi nasihat yang sangat berharga untuk generasi muda dan boleh dijadikan pedoman. Catatan ini merupakan hasil pengalaman beliau ketika mengembara menuntut ilmu dan hidup bermasyarakat sebagai seorang tokoh yang disegani.

Disediakan oleh Puan Aznurul Ain.

 

Share this :