Encik Nor Iman Bin Ibrahim sedang menyampaikan buku yang bertajuk “Mental Sihat: OK Di Rumah, OK Di Tempat Kerja”

Perkongsian Buku Staf Perpustakaan UTMKL merupakan salah satu platform latihan Pengucapan Awam staf yang dilakukan pada setiap hari Rabu pagi.  Penyampai siri 2 kali ini adalah Encik Nor Iman Bin Ibrahim. Beliau memilih buku yang bertajuk “Mental Sihat: OK Di Rumah, OK Di Tempat Kerja”. Penulis buku ini iaitu Dr. Mohamad Jamil Yaacob adalah pensyarah perubatan merangkap Pakar Perunding Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja di Hospital Universiti Sains Malaysia. Menurut beliau, buku ini sesuai di baca kepada mereka yang mempunyai masalah psikiatri. Buku ini ditulis adalah berdasarkan fakta dan pengalaman penulis itu sendiri. Penulis turut menerangkan bahawa kesihatan mental melibatkan kesihatan fizikal dan emosi seseorang dan ia berkembang sama seperti fizikal manusia.

 

Di dalam buku ini, penulis turut berkongsi pengalaman beliau berkaitan kesihatan mental di institusi pekerjaan. Antaranya ialah, masalah peribadi, masalah rumah tangga dan peristiwa tragik yang pernah berlaku dalam kehidupan turut menyumbang kepada masalah mental dan akhirnya ia menjejaskan tugasan. Penulis turut memberi contoh golongan yang ramai menyumbang kepada masalah mental adalah golongan guru dimana bebanan tugas melebihi keupayaan sebenar guru serta masalah disiplin pelajar yang meruncing dan semakin sukar dikawal pada masa kini telah membatasi mereka dalam menjalankan tugasan mereka dengan baik.

Bagi pekerja dalam industri yang lain, keterbatasan dalam memberikan pandangan mereka kepada pihak atasan dengan cara meminggir pekerja dalam menonjolkan kebolehan pekerja itu sendiri, menolak pandangan dari pekerja itu sendiri dan pekerja tidak boleh menyatakan TIDAK kepada setiap tugasan yang diberikan yang akhirnya memberi tekanan kepada pekerja itu.

Oleh itu, penyampai menasihatkan individu yang ada masalah mental perlu melakukan perubahan dalam gaya hidup. Sekiranya masalah ini berterusan, beliau mencadangkan untuk berkongsi dengan teman atau mereka yang boleh dipercayai. Walaubagaimanapun, jika ia semakin berlarutan,penulis menasihati pembaca untuk bertemu dengan pakar psikiatri.

Antara hadirin yang hadir mendengar perkongsian Encik Nor Iman Bin Ibrahim

Disediakan oleh Puan Aznurul Ain Bt Abdul Shukor.

 

 

 

Share this :