Sepanjang bulan Februari 2020, Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai telah menerima sebanyak lima (5) lawatan yang yang melibatkan tiga (3) lawatan universiti dalam negara, satu (1) lawatan universiti luar negara dan satu (1) lawatan sekolah menengah. Secara keseluruhannya, sejumlah 97 orang pelawat dan 9 orang pegawai pengiring telah terlibat dalam lawatan sepanjang Februari 2020.

Berikut merupakan institusi-institusi yang terlibat bagi lawatan ke Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM, Skudai sepanjang bulan Februari 2020:

  1. Peserta Program Hidrografi II – Fakulti Alam Bina & Ukur (FABU)
  2. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  3. Universiti Teknikal Melaka (UTEM)
  4. Midle East Technical University, Turkey
  5. SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai

Seperti biasa, pelawat telah diberikan taklimat ringkas mengenai latarbelakang umum, fasiliti perpustakaan dan seterusnya lawatan di sekitar bangunan. Para pelawat turut dibawa mengunjungi Galerium Perpustakaan UTM yang menempatkan khazanah sejarah UTM.

Penerangan mengenai model struktur geografi UTM di Galerium PSZ UTM semasa Lawatan Penandaarasan dari Perpustakaan Universiti Teknikal Melaka (UTEM) pada 17 Februari 2020.

 

Sekitar sesi perkongsian idea bersama pelawat daripada  Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Bili Mensyuarat Utama, PSZ UTM, Skudai  pada 9 Februari 2020.

 

Pengenalan ringkas mengenai latar belakang Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) kepada para pelajar SMK Tunku Abdul Rahman Putra  pada 5 Februari 2020.

 

Bergambar kenangan di Sudut Kualiti PSZ UTM ketika lawatan kerja wakil TLDM dan syarikat swasta dengan kerjasama Fabu pada 3 Februari 2020.

 

Disediakan oleh Puan Nor Aishah binti P. Mosar.

Share this :