Perpustakaan UTM Kuala Lumpur telah menerima lawatan dari Universitas Riau yang terdiri daripada 11 orang pelajar Sarjana Muda Teknologi pada 24 April 2019 (Rabu). Pelawat diberi taklimat ringkas oleh Pn. Marlina Kasiman, Pustakawan Kanan mengenai perpustakaan, kemudahan dan perkhidmatan yang diberikan bagi menyokong pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di UTM.

Pn Marlina Kasiman memberikan penerangan kepada pelawat
Seterusnya pelawat telah dibawa menelusuri sekitar perpustakaan UTM KL bagi merasai pengalaman mengunjungi perpustakaan dan melihat dengan lebih dekat kemudahan yang disediakan. Antara ruang yang dikunjungi adalah Gallery@UTMKL, koleksi bahan perpustakaan di aras 3 dan 4 serta Kaunter Sirkulasi bagi mendapatkan penerangan mengenai proses peminjaman, pemulangan dan aktiviti lain yang berkaitan seperti dendaan dan bayaran.
Pihak perpustakaan turut menyediakan cenderahati kepada pelawat sebagai tanda penghargaan dan terima kasih. Semoga ilmu yang diberikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi pencarian maklumat dan dalam menyiapkan tugasan sebagai seorang mahasiswa serta diharap lawatan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha mengapai impian.
Disediakan oleh Puan Aznurul Ain binti Abdul Shukor.