Perpustakaan UTM telah mengambil inisiatif menganjurkan Latihan Penggunaan Turnitin secara atas talian bagi memenuhi keperluan pelajar dan penyelidik UTM pada 12 Mei 2020 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan Covid 19. Latihan secara Webinar ini telah mendapat sambutan hangat dan maklumbalas positif dari kalangan peserta latihan ini.

Sejumlah 100 orang peserta telah menyertai sesi ini menerusi aplikasi Zoom. Video rakaman ini juga turut dikongsi di laman Facebook Perpustakaan UTM berikutan permintaan yang tinggi daripada peserta. 

Peserta berpeluang mempelajari kaedah menyemak dan mengeluarkan laporan penulisan melalui Turnitin. Webinar yang dikendalikan oleh wakil APEX Knowledge Sdn Bhd iaitu Encik Mazlan Bin Abd Latif, berlangsung selama hampir sejam dan diakhiri dengan sesi soal jawab.

Disediakan oleh Puan Nor Aishah P Mosar

 

 

Share this :