Bengkel Mengkatalog Tesis Projek Sarjana Muda mengikut piawaian Resources Description & Access (RDA) telah dilaksanakan di Makmal Pencarian Maklumat, Aras 4, Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah selama dua hari pada 20 dan 21 Julai 2020. Bengkel ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan memantapkan lagi kemahiran Pustakawan dalam proses kerja mengkatalog bahan Projek Sarjana Muda (PSM) melalui penerapan elemen Resources Description & Access (RDA). RDA merupakan standard pengkatalogan terbaharu yang membolehkan rekod bahan perpustakaan diakses dengan mudah terutamanya melalui Internet dan jaringan maklumat antara perpustakaan sedunia.
Bengkel selama dua (2) hari ini melibatkan Pustakawan dari Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) dan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS). Sesi pertama pada 20 Julai 2020 dihadiri oleh Pustakawan dari PRZS dan Pagoh, manakala sesi kedua pada 21 Julai 2020 dihadiri oleh Pustakawan dari PSZ. Penceramah bengkel ialah Encik Noor Effendy bin Hamzah, Pustakawan Kanan, Unit Koleksi Khas dari Seksyen Koleksi Khas & Repositori, PRZS.
Dalam bengkel ini, Pustakawan didedahkan dengan kaedah mengkatalog dengan menggunakan beberapa aplikasi atas talian seperti workflows, classification web dan google sheet. Beberapa teknik juga dikongsikan dalam bengkel ini seperti kaedah menyemak nombor panggilan bahan, menentukan cutter number untuk pengarang. Pustakawan juga diberikan beberapa naskhah PSM untuk dikatalog sebagai latihan semasa bengkel.
Disediakan oleh Encik Noor Effendy Hamzah.