Pada bulan Mac 2020, Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menerima hanya satu (1) lawatan daripada SMK Taman Daya pada 10 Mac 2020 bersamaan hari Selasa dan lawatan tersebut telah berlangsung bermula pada jam 9.30 pagi hingga jam 11.00 pagi.
Lawatan yang melibatkan seramai 79 orang pelajar dan 10 orang guru pengiring itu telah dimulakan dengan taklimat kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Perpustakaan UTM dalam menyokong pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di UTM.
Semasa lawatan ini dijalankan, pelawat menzahirkan rasa kagum kerana berpeluang melihat kekayaan sumber ilmu Perpustakaan UTM yang menempatkan hampir 800,000 bahan rujukan termasuk buku, majalah, artikel, cakera padat selain perkhidmatan atas atas talian yang lain. Di kesempatan ini juga, lawatan ini juga dibawa ke galerium di aras 2, perpustakaan UTM bagi menyaksikan dengan lebih dekat khazanah UTM yang dipamerkan.
Semoga lawatan ini memberi manfaat dan motivasi kepada para pelajar agar lebih bersemangat untuk menuntut ilmu hingga ke manara gading.
Disediakan oleh Puan Aishah P. Mosar.