Pada 21 September (Ahad) telah berlangsung Bengkel Klinik Radis bersempena Library Research Week 2020 secara online webinar menggunakan aplikasi WEBEX bermula jam 2.30 petang sehingga 4.00 petang. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan pemahaman dan maklumat kepada para pensyarah serta penyelidik dalam proses pendaftaran penerbitan UTM ke dalam sistem RADIS mengikut jenis penerbitan iaitu Indexs, Non Indexs dan Others.
Bengkel yang dikendalikan oleh Puan Syahranah A. Raqi, Pustakawan Kanan, Perpustakaan UTM ini telah mendapat sambutan di luar jangkaan dengan dihadiri seramai 100 orang peserta dari pelbagai fakulti di UTM. Selain penerangan berkaitan pendaftaran penerbitan penyelidikan di RADIS, topik lain yang dikongsikan adalah mengenal pasti secara tepat penentuan Impact Factor (IF) dan Quartiles di Web Of Science (WOS) di samping perkongsian senarai terkini penerbitan berindeks di ERA dan Scopus.
Secara keseluruhan, walaupun pengendalian program dibuat melalui online webinar, respon yang diterima daripada peserta adalah sangat positif dan menggalakkan. Ianya telah memberikan nilai tambah kepada semua peserta yang hadir dalam memastikan setiap penyelidikan UTM didaftarkan di RADIS mengikut syarat dan garis panduan yang ditetapkan. Secara tidak langsung ia membantu dalam mempercepatkan proses pengesahan penerbitan di RADIS bagi tujuan tuntuan insentif penerbitan dan eLPPT tahunan.