Perkongsian Buku Staf Perpustakaan UTM Kuala Lumpur (KL) Siri 10 ini diteruskan lagi pada 8 Oktober 2020 (Khamis), jam 11.00 pagi bertempat di Wisdom Lounge, Perpustakaan UTM KL dengan menjemput En. Mohd Jeffry Bin Sulaiman dan Cik Nur Nadia Binti Anuar.

En. Mohd Jeffry Bin Sulaiman mengulas buku bertajuk Never Give Up! Allah Kan Ada

Program dimulakan oleh En. Mohd Jeffry Bin Sulaiman dengan memilih buku yang bertajuk Never Give Up! Allah Kan Ada yang ditulis oleh Ustaz Hanafiah Abd Malel. Buku motivasi ditulis oleh seorang ustaz terkenal yang kerap memberikan ceramah kepada kepada orang ramai. Mempunyai aura yang positif, ustaz ini sentiasa bersikap tenang dalam menghadapi dugaan dan musibah dalam kehidupannya. Apatah lagi beliau sudah terbiasa dengan kehidupan yang berdisiplin kerana ayahnya adalah seorang tentera.

Menurutnya lagi, beliau boleh dikategorikan bijak namun tidak berminat untuk menyambung pelajarannya ke tahap lebih tinggi kerana beliau lebih berminat ilmu dalam bidang keagamaan. Sering berdakwah di kebanyakan tempat, pelbagai peristiwa pahit dan manis dalam mengajak orang ramai mengEsakan Allah, namun ia tidak mematahkan semangat beliau dalam menyebarkan ajaran islam.

Cik Nur Nadia Binti Anuar mengulas buku bertajuk 13 Things Mentally Strong People Don’t Do

Pengulas seterusnya ialah Cik Nur Nadia Binti Anuar. Beliau memilih buku yang bertajuk 13 Things Mentally Strong People Don’t Do karya Amy Morin. Menariknya buku ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri yang kehilangan ahli keluarganya secara berturut-turut. Akibatnya, beliau mengalami kemurungan dan perubahan dalam dirinya sendiri.

Menurut pengulas, penulis mula membina kekuatan mentalnya dengan bersikap positif dalam apa jua keadaan kerana berfikiran negatif hanya akan menyumbang kepada penyakit yang berbahaya seperti sakit jantung dan sebagainya. Oleh itu, penulis mencadangkan untuk berdamping dengan orang yang positif bagi mewujudkan persekitaran yang baik dan sihat dalam kehidupan.

Share this :