Program perkongsian ilmu ‘Gangguan Seksual Di Tempat Kerja’ ini telah dianjurkan oleh Jabatan Perpustakaan. Menariknya perkongsian ilmu ini bukan sahaja dihadiri oleh staf Jabatan Perpustakaan UTM Johor Bahru malahan dipancarkan kepada staf UTM Kuala Lumpur (KL) menerusi video conferencing. Ia telah diadakan pada 22 September 2020 (Selasa) jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari bertempat di Bilik Seminar 3, Jabatan Perpustakaan (Bangunan PSZ dan PSZKL).

Objektif utama adalah untuk menyebar luas ilmu berguna kepada staf bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan harmoni. Penerangan yang cukup jelas disokong oleh fakta undang-undang yang tepat dan jelas telah disampaikan oleh Pn. Raihan Binti Abd. Karim, Penolong Pendaftar, Unit Integriti, Jabatan Pendaftar, UTM Johor Bahru.

Seharusnya masalah gangguan seksual tidak boleh diambil mudah kerana ia boleh menjejaskan prestasi kerja dan menyumbang kepada tekanan perasaan yang tinggi. Sesi ini diharap dapat memberi panduan dan dijadikan  rujukan kepada para hadirin yang mendengar.

 

 

Share this :