Pameran Alat Bantu Mengajar, Teknologi & Perkakasan UTM (1970-an – 1990-an): Meraikan Tiga Dekad Aktiviti Pengajaran, Pembelajaran dan Penyelidikan UTM’ sedang berlangsung di Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, Perpustakaan UTM, UTM Johor Bahru mulai 23 September 2020 sehingga 31 Disember 2020.

Melalui usaha ini, pengunjung berpeluang untuk mendekati teknologi dan perkakasan yang digunakan dalam menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan terawal di UTM yang diterjemah melalui pameran.

Terdapat 12 peralatan lama yang dipamerkan antaranya ‘Multi Standard Colour Television Trainer’ yang digunakan dalam kajian perisian dan perkakasan sistem televisyen manual. Pameran ini juga mengetengahkan perkakasan seperti ‘Radial Line Plotter’ yang diaplikasikan sekitar tahun 1960-an hingga 1990-an bagi kerja-kerja penghasilan peta topografi menggunakan kaedah fotogrametri serta Stereo Dek Pita Rakaman yang digunakan untuk merakam gelombang dan frekuensi di dalam pita rakaman dan diterjemahkan ke dalam bentuk graf atau imejan bagi kerja-kerja pemetaan.

Justeru, seluruh warga UTM dijemput untuk meluangkan masa menyantuni pameran ini.

 

Share this :