Program Book Sharing UTM Kuala Lumpur (KL) kali ini dipancarkan secara terus di Facebook UTM KL melalui aplikasi Webex. Siri ke 17 menampilkan dua orang pengulas yang terdiri daripada Cik Nur Liana Binti Umar, Penolong Jurukur Bahan, Jabatan Harta Bina UTM KL dan Puan Rabiatuadawiah Binti Baharuddin, Penolong Jurutera, Jabatan Harta Bina UTM KL. Manakala moderator program ialah Puan Nurrull Huda Binti Abdul Wahid.

Pengulas pertama Cik Nur Liana Binti Umar telah memilih buku yang bertajuk ‘Pendiam?’ yang ditulis oleh Aiman Amri & Aqila Masri. Buku ini mengisahkan tentang tiga jenis personaliti iaitu Ekstrovert, Introvert dan Ambivert. Menurut pengulas, ekstrovert dikategorikan sebagai individu yang berani dan yakin untuk tampil bercakap, sentiasa kehadapan, dan lebih dikenali ramai orang. Manakala introvert pula individu yang mempunyai personaliti seperti pasif, pendiam, dan jarang-jarang mengikuti sebarang aktiviti sosial. Manakala, ambivert adalah individu yang mempunyai kombinasi personaliti ekstrovert dan introvert.

Cik Nor Liana Binti Umar mengulas buku yang bertajuk Pendiam

Perkongsian ringkas namun menarik ini dapat membantu penonton untuk mengenal pasti personaliti diri sekaligus mampu memaksimumkan potensi yang ada selain menambah baik demi masa depan yang cemerlang.

Pengulas seterusnya Puan Rabiatuladawiah Binti Baharuddin berkongsi buku yang bertajuk ‘Itu Juga jalan Kita Ke Syurga’, yang ditulis oleh Muhammad Luqman Makhtar. Menurut beliau, secara ringkasnya buku ini mendorong individu untuk melakukan perkara – perkara baik dan mudah dan dalam pada masa yang sama ianya dapat membuka jalan menuju ke syurga.

Puan Rabiatuladawiah Binti Baharuddin mengulas buku yang bertajuk Itu juga Jalan Kita Ke Syurga

Di antara perkara baik tersebut adalah membahagiakan suami atau isteri, berbakti kepada ibu bapa dan berkongsi rezeki dengan orang lain dan juga haiwan. Menurut pengulas, Allah telah menjanjikan balasan pahala dan syurga atas kebaikan yang kita lakukan. Namun begitu, setiap perkara yang baik perlu dilakukan dengan niat yang ikhlas dan tidak mengharapkan pujian orang lain.

Sebelum mengakhiri perkongsian, pengulas menasihatkan agar menjauhi sikap bersangka buruk dan menilai individu dari sikap luaran mereka kerana ianya mengundang iri hati dan akhirnya mewujudkan masalah hati kepada diri sendiri.

 

 

 

 

 

 

 

Share this :