Di kala kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Perpustakaan UTM KL dengan kerjasama Bahagian Pendaftar, mengambil inisiatif untuk mengadakan sesi khas untuk Staf Pentadbir iaitu Program “Ada apa dengan Library?” menggunakan medium Webex pada 3 November 2020.

Program santai ini bertujuan membantu dalam memberi maklumat yang terkini dan berguna kepada mereka sepanjang tempoh pelaksanaan Work From Home (WFH) yang mana mereka memerlukan maklumat untuk diri serta anak-anak. Menggunakan perkhimatan atas talian yang disediakan oleh perpustakaan boleh membantu mereka dalam mendapatkan maklumat yang tepat dan cepat.

Perkongsian maklumat disampaikan oleh Puan Nurrull Huda Binti Abdul Wahid, Pustakawan Kanan di Perpustakaan UTM Kuala Lumpur. Empat aspek utama yang ditekankan iaitu portal perpustakaan, penggunaan OPAC, koleksi yang melibatkan Document Management System  (DMS) dan akses pangkalan data langanan yang terdiri daripada e-buku, e-jurnal dan e-tesis.

Program ini mendapat sambutan di kalangan staf dimana adanya sesi soal jawab yang dapat membantu mereka menyelesaikan persoalan berkaitan perpustakaan antaranya perkhidmatan yang dijalankan secara atas talian, e-buku, dendaan dan sebagainya.

Program diteruskan lagi dengan kuiz virtual iaitu menggunakan aplikasi Kahoot. Ianya dikendalikan oleh Puan Ayesha Ezanee yang juga merupakan Pustakawan di Perpustakaan UTM Kuala Lumpur. Kuiz ini merupakan satu pendekatan yang menarik bagi mengukur kefahaman dan kepekaan peserta yang hadir. Berdasarkan pemarkahan, ianya menunjukkan peserta memahami input dari program ini.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat. Diharapkan informasi yang berguna ini dapat diaplikasi dan dipraktikkan kepada yang turut serta. Pihak perpustakaan UTM berbesar hati untuk berkongsi dan menjawab sebarang persoalan dan kemusykilan dalam membantu semua yang hadir.

 

Share this :