Program ‘Jom Selamatkan Buku’ telah diadakan pada 4 Disember 2020 (Jumaat). Program yang diadakan secara langsung menerusi aplikasi Webex dan Facebook ini berjaya menarik minat individu dan pencinta buku untuk mengikuti perkongsian daripada awal sehingga penghujung program. Tema perkongsian adalah cara menyelamatkan dan menyimpan buku lama atau rosak, program khas ini menampilkan Encik Shaharudin Bin Ali, Pembantu Pemuliharaan Perpustakaan UTMKL untuk berkongsi pengetahuan beliau bersama penonton.

Dalam program ini, pelbagai maklumat telah dikongsi untuk memastikan buku dalam keadaan selamat antaranya suhu yang bersesuaian untuk buku, cara mengelakkan serangga perosak serta jenis-jenis perosak dan sebagainya. Tutorial menjahit buku turut ditunjukkan sekaligus memberi ilmu baru kepada semua penonton. Di akhir program, beliau mengharapkan agar perkongsian ini dimanfaatkan sekaligus disebarkan ilmu ini kepada yang lain.

 

 

 

Share this :