Sesi Read & Relax telah sampai ke penghujung bagi tahun 2020. Sebagai penutup tirai, satu sesi Read & Relax Edisi Khas telah diadakan dengan menampilkan individu yang teguh menyokong aktiviti membaca di UTM terutamanya Program Read & Relax ini iaitu Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Bin Omar, Profesor, Sekolah Kejuruteraan Awam (SKA), Fakulti Kejuruteraan, UTM yang juga merupakan mantan Naib Canselor UTM.

Program Read & Relax ini merupakan cetusan idea Perpustakaan UTM bersempena Gerakan Malaysia Membaca 2030. Bermula pada 2018 sesi ini dijalankan sepenuhnya oleh Jabatan Perpustakaan UTM bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan staf perpustakaan terlebih dahulu. Sesi ini seterusnya berkembang dengan mensasarkan penglibatan staf PPP. Melalui ruang sinergi bersama pihak Jabatan Pendaftar pada awal tahun 2020, maka usaha untuk memupuk budaya membaca ini telah berjaya dikembangkan kepada seluruh warga UTM.

Buku yang dikongsikan oleh Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Bin Omar bertajuk The Changing Mind: A Neuroscientist’s Guide to Ageing Well karya Daniel Levitin. Karya terbitan tahun 2020 ini merupakan hadiah daripada seorang sahabat beliau sewaktu majlis perpisahan beliau baru-baru ini. Y. Bhg. Datuk berkongsi intipati penting di dalam buku ini yang menjelaskan 3 aspek penting iaitu memahami proses penuaan dan kesannya kepada kehidupan. Yang kedua, perkongsian fakta-fakta saintifik berkenaan kesihatan yang merangsang pemikiran pembaca. Dan ketiga, persiapan dalam menghadapi usia selepas persaraan, dari aspek kesihatan dan ekonomi.

Buku ini akan merevolusi pemikiran kita di dalam merancang usia tua sebagai individu, ahli keluarga, dan ahli dalam masyarakat. Y. Bhg. Datuk turut menekankan pelbagai usaha di UTM di dalam meningkatkan kualiti kehidupan warganya agar wujud satu ekosistem yang seimbang di antara kehidupan bekerja dan peribadi. Kualiti peribadi yang tinggi mampu melahirkan seorang pekerja yang sihat dan dinamik.

Naskhah ini menyentuh tentang formula COACH yang menjadi panduan kepada kehidupan yang lebih baik. COACH merujuk kepada C (curiosity), O (openness), A (Assosiation), C (consientiousness) dan H (healthy practice). Tuturt dibincangkan alah konsep syukur yang perlu ada dalam diri manusia. Sesungguhnya manusia itu adalah sebaik-baik makhluk yang diciptakan kerana akal fikirannya. Dengan akal fikiran, manusia mampu untuk melaksanakan perkara mengikut kepada aturan yang betul.

Sebagai penutup Y. Bhg. Datuk turut mengucapkan terima kasih dan syabas kepada Perpustakaan UTM kerana berjaya mewujudkan platform seperti program Read & Relax sebagai salah satu inisiatif untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan warga UTM.

Share this :