Sebagai penutup tirai tahun 2020, Perpustakaan UTM telah mengadakan Pertandingan Mencipta Nama Baharu Sistem Katalog Atas Talian (OPAC) pada 22-31 Disember 2020. Sambutan daripada warga UTM amat menggalakkan. Sebanyak 153 penyertaan dengan 373 cadangan pelbagai nama beserta deskripsi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris telah diterima. Panel telah membuat penilaian dan keputusan muktamad bagi pemenang pertandingan ini.

TAHNIAH KEPADA KAM CHUI FONG !!!

Beliau merupakan pelajar Tahun 2 dari Jabatan Kimia, Fakulti Sains dengan nama kreatif ciptaan beliau iaitu OCEAN (Online Catalogue for Easy Access to Information). Pemenang menerima hadiah wang tunai RM500.00 dan Sijil Pemenang daripada Jabatan Perpustakaan UTM.

Menurut beliau, nama OCEAN diperolehi setelah beliau mengakses pelbagai maklumat daripada Internet. OCEAN merupakan simbolik kepada lautan pengetahuan yang terdiri daripada koleksi perpustakaan yang besar dan pelbagai jenis bahan. Beliau menyesuaikan perkataan OCEAN kepada huraian yang lebih bermakna serta bersesuaian dengan ciri Sistem Katalog Atas Talian Perpustakaan UTM.

Terima kasih juga kepada semua peserta yang menyertai Pertandingan Mencipta Nama Baharu Sistem Katalog Atas Talian (OPAC) Perpustakaan UTM 2020 sebagai sokongan kepada program perpustakaan.

Share this :