Pada 4 Mac 2021, Perpustakaan UTM Kuala Lumpur telah menganjurkan program Bicara Karya bertajuk “Brave Leadership”, yang telah diadakan secara  langsung menerusi Facebook UTM Library Kuala Lumpur. Panel jemputan ialah Encik Mohd Sharil Bin Abdullah, Pengarah, Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi. Moderator bagi program ini ialah Puan Noor Ayesha Mohd Ezanee.


Buku “Brave Leadership” adalah sebuah karya yang ditulis oleh Kimberly Davis adalah sesuai dibaca oleh semua peringkat individu. Menurut Encik Mohd Sharil Bin Abdullah, buku ini mengupas konsep fokus dan kebersamaan adalah kunci kepada “Brave Leadership”. Antara intipati menarik kupasan buku adalah kejayaan dalam mengharungi cabaran hidup merupakan satu perkara yang tidak perlu ditakuti kerana ia merupakan reflek atau timbal balas di atas usaha dan penat lelah yang telah dilakukan. Selain daripada itu, perlunya untuk mempelajari ilmu baru setiap hari melalui pembacaan dan seterusnya mempraktik mengikut kesesuaian atau situasi yang berlaku dalam kehidupan.


Akhir sekali, panel turut menerangkan tidak salah untuk membuat kesilapan kerana disebalik hikmah yang diperolehi ianya juga adalah pelajaran yang paling bernilai untuk dipelajari bagi aspek seperti meningkatkan kualiti hidup, berani membuat keputusan dan sentiasa positif dengan perkara di sekeliling.

 

 

 

Share this :