Pada tanggal 1-3 Mac 2021 (Isnin-Rabu) Jabatan Perpustakaan UTM telah mengadakan Persidangan Pustakawan Jabatan Perpustakaan UTM 2021 secara bersemuka serta atas talian yang melibatkan Perpustakaan UTM, Johor Bahru, UTM Hub oh dan UTM Kuala Lumpur.  Persidangan ini merupakan satu program tahunan yang membincangkan halatuju serta pelan strategik jabatan bagi tahun 2021.

Pihak Jabatan telah berbesar hati menjemput YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail, Naib Canselor UTM untuk menyampaikan ucaptama seterusnya merasmikan program ini.  YBrs. Prof. Dr. Shahrin bin Mohammad, Pro-Naib Canselor (Strategi) UTM juga telah dijemput untuk memberi taklimat berkaitan enVision UTM 2021-2025.

Seramai 46 orang Pustakawan telah menyertai persidangan ini dengan merujuk kepada enVision UTM 2025 bagi memastikan perancangan yang bakal dilaksanakan selari dengan hala tuju universiti. Semoga dengan adanya persidangan seperti ini dapat membina jati diri dan melahirkan Pustakawan yang sentiasa berinovasi, komited dan konsisten dalam memberikan perkhidmatan berprestasi tinggi kepada warga UTM dan masyarakat.

Dikesempatan ini juga, Pustakawan UTM mengambil peluang untuk menyampaikan penghargaan kepada Ketua Pustakawan , Puan Noraziah Sharuddin yang akan bersara wajib pada bulan Mei 2021 nanti dengan kejutan hadiah jambangan bunga dan kek sebagai tanda ingatan.

 

 

 

 

 

 

Share this :