Program Book Sharing @ UTM Kuala Lumpur (UTMKL) siri ke 7/2021 telah menjemput dua orang pengulas yang iaitu, Encik Muhammad Hazrul Azhar Bin Abd. Rahman, dari Malaysia-Japan International Institute of Technologi (MJIIT) dan Cik Habibah Binti Reseh @ Hj Yaacob, Pejabat Bendahari, UTMKL. Moderator program ialah Puan Nurrull Huda Binti Abdul Wahid, Pustakawan Kanan, Perpustakaan UTMKL.


Pengulas pertama, Encik Muhammad Hazrul Azhar Bin Abd. Rahman memilih buku Budak Meja Belakang yang ditulis oleh Shah Ibrahim. Buku ini merupakan catatan pengalaman penulis mengenai pandangan dan perbezaan sosiobudaya serta pendidikan antara dua negara iaitu Malaysia & Scotland. Jelasnya lagi, penulis menerima pendidikan awal di luar negara kerana bapanya menyambung pengajian di sana. Kemudian meneruskan pendidikan di Malaysia sejurus selepas bapanya menamatkan pengajian, Menurut penulis, kedudukan tempat di dalam kelas serta masalah rabun menganggu proses pembelajaran dan mengakibatkan keputusan peperiksaan yang tidak cemerlang.

Encik Muhammad Hazrul Azhar Bin Abd. Rahman mengulas buku bertajuk Budak Meja Belakang

Walaubagaimanapun kelebihan yang dimiliki oleh penulis iaitu mampu menghafal nota yang dipelajari di sekolah sehingga beroleh keputusan cemerlang dan menyambung pelajaran ke luar negara. Oleh itu, semangat ketekunan dan kegigihan yang tinggi merupakan kunci kepada sebuah kejayaan.

Cik Habibah Binti Reseh @ Hj Yaacob mengulas buku bertajuk The Art Of Letting God

Pengulas kedua, Cik Habibah Binti Reseh @ Hj Yaacob yang mengulas buku bertajuk The Art Of Letting God yang ditulis oleh Mizi Wahidi. Menurut beliau, buku ini menekankan sembilan (9) konsep utama. Antaranya ialah tawakal atau mendekatkan diri kepada Allah selepas berusaha, menjauhkan diri dari sifat negatif, melepaskan perkara yang tidak dimiliki atau perkara yang tidak boleh diubah.

Di akhir perkongsian, pengulas menyarankan untuk sentiasa menanam sifat memaafkan orang sekeliling dan mendekatkan diri kepada Allah supaya dapat menjadi seorang muslim yang lebih baik.

Share this :