Sesi Pertemuan Bersama Staf Perpustakaan UTMKL – Integriti, Bekerja Dari Rumah oleh Puan Nik Masriza Zakaria (Timb. Ketua Pustakawan Perpustakaan UTMKL) telah diadakan secara dalam talian menggunakan aplikasi Webex pada 1 Jun 2021 (Selasa) sejajar dengan pematuhan kawalan pergerakan 3.0.

Terdapat lima agenda utama yang dikongsi pada sesi ini iaitu Tips Bekerja Dari Rumah, Cabaran Bekerja Dari Rumah, Pekeliling UTMKL berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan, Tatacara yang perlu diikuti sebagai Penjawat Awam dan  Perkembangan semasa kes COVID-19.

Sesi singkat namun bermakna ini, telah memberi peluang untuk menyampaikan pesanan dan harapan sepanjang tempoh arahan berkerja dari rumah sekaligus mewujudkan sifat mesra dan mengambil berat dari pihak atasan kepada staf. Selain itu, staf juga menggunakan platform ini untuk memajukan pelbagai soalan berkaitan.

Sebelum mengakhiri sesi, Puan Nik Masriza telah mengingatkan agar staf mendaftar vaksin dan mengikuti saranan untuk sentiasa duduk di rumah demi melandaikan kadar jangkitan Covid-19, selaras dengan saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementeriam Kesihatan Malaysia (KKM).

TAHNIAH Puan Nik Masriza atas usaha untuk berkongsi maklumat bersama staf, dan SYABAS kepada semua staf yang mengikuti sesi ini.

Share this :