Bengkel Refresher Course Librarian Online Chat telah diadakan pada 17 Jun 2021 (Khamis) melibatkan pustakawan Perpustakaan UTM Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Pagoh melalui aplikasi Webex bermula pada jam 11.00 pagi. Fasilitator bagi bengkel ini ialah Puan Syazwani Syamimi Mat Pauzi, Pustakawan Kanan, Perpustakaan UTM Johor Bahru dan dibantu oleh Encik Mohamad Fahiezan Md Zan, Pustakawan Seksyen Automasi, Perpustakaan UTM Johor Bahru.

Bengkel ini merupakan sesi perkongsian maklumat berkaitan proses kerja terkini dan juga pengenalan kepada fungsi baharu Librarian Online Chat. Bengkel ini menjelaskan tatacara pengendalian sesi runding rujuk bersama pengguna dalam talian selain memperkenalkan ciri baharu Librarian Online Chat iaitu proses check in dan check out bagi pustakawan bertugas yang akan digunapakai bermula pada 21 Jun 2021.

Selamat Bertugas!

Share this :