Unit Penerbitan & Penyelidikan, Seksyen Perkhidmatan Maklumat dan Penyelidikan (SMP) dengan kolobarasi bersama Fakulti Sains (FS), UTM telah mengadakan satu sesi taklimat berkaitan Modul Penerbitan RADIS 4.0 kepada semua kakitangan akademik dan penyelidik FS secara atas talian. Ianya adalah rentetan daripada perubahan baharu sistem RADIS 4.0 (Research and Development Information System ). Taklimat yang bermula pada jam 10 pagi ini telah dihadiri seramai 54 orang pensyarah fakulti.

Taklimat telah dibahagikan kepada 2 sesi yang dikendalikan oleh 2 orang Pustakawan iaitu Puan Norsyuhada Shafie bagi sesi Tatacara Pendaftaran Penerbitan Penyelidikan dan Puan Syahranah A. Raqi berkaitan Tatacara Tuntutan Insentif Penerbitan Jurnal Berindeks. Kedua-dua sesi ini telah mendapat sambutan dan respon yang amat positif dalam kalangan peserta berhubung prosedur pendaftaran dan permohonan insentif di RADIS. Menerusi taklimat ini juga, pihak perpustakaan telah berjaya merungkai permasalahan dan isu-isu penerbitan yang berbangkit di kalangan penyelidik antaranya pengindeksan jurnal di WOS & Scopus, penentuan Quartile dan Impact Factor, tempoh masa pengesahan penerbitan & insentif dan lain-lain lagi.

Diharap sesi perkongsian ini dapat meningkatkan maklumat dan pengetahuan setiap pensyarah dan penyelidik berkaitan penerbitan penyelidikan di UTM menerusi jalinan kerjasama antara pihak Perpustakaan dengan fakulti. Taklimat ini telah berakhir pada jam 11.30 pagi dengan sesi fotografi bersama semua peserta menerusi aplikasi webex.

Share this :