Librarian’s Talk siri kedua anjuran Perpustakaan UTM telah diadakan pada 25 Ogos 2021 secara langsung melalui FB Live Perpustakaan UTM. Program ini menampilkan Puan Khairulbahiyah binti Yaakub, Ketua Seksyen Perkhidmatan Maklumat & Penyelidikan selaku penceramah manakala Puan Nor Aishah binti P. Mosar, Pustakawan Seksyen Perkhidmatan Maklumat & Penyelidikan selaku moderator.

Penceramah memulakan perkongsian dengan menerangkan dengan lebih jelas apakah itu VUCA dan hubungkaitnya dengan perkhidmatan Perpustakaan UTM. VUCA adalah satu konsep yang diperkenalkan oleh US Army War College. Ianya menggambarkan suasana ketidaktentuan yang ketara selepas World War II. Konsep ini kemudian diaplikasikan di dalam modul kepimpinan strategi dengan meluas dalam organisasi dan juga perniagaan. VUCA adalah singkatan kepada Volatility, Uncertainity, Complexity dan Ambiguity. Dalam erti lain, VUCA adalah suatu keadaan yang tidak boleh dijangka dan sukar untuk diramal.

Seterusnya beliau berkongsi perubahan dan penambahbaikan yang telah dilakukan oleh Perpustakaan UTM dalam menghadapi situasi VUCA terutama ketika pandemic COVID-19 bagi memastikan perkhidmatan perpustakaan kepada pengguna tidak terjejas. Pelbagai gerak kerja dan usaha dilakukan bagi memperkasakan platform komunikasi kepada pengguna. Di antaranya, Perpustakaan UTM telah memperkenalkan perkhidmatan baharu seperti  Librarian Online Chat dan Librarian by Appointment. Perpustakaan UTM juga menggunakan pelbagai medium untuk mempromosikan penggunaan pangkalan data, dokumen digital dan sumber akses terbuka bagi memperkukuhkan perkhidmatan dalam era pandemik. Perkhidmatan perpustakaan bukan sahaja disediakan untuk pelajar malah juga kepada para penyelidik, dan komuniti luar.

Akhir kata, dalam menangani situasi VUCA keperluan untuk mempelajari kemahiran tertentu dan kebolehan meramal apa yang bakal berlaku pada masa akan datang adalah perlu supaya persiapan awal dapat dilakukan. Keterlibatan semua staf adalah penting dalam memastikan visi dan misi berjaya dilaksanakan.

Share this :