Program UTM Library Research Weeks 2021 telah berlangsung pada 19 hingga 30 September 2021 dengan bertemakan Synergising Research & Digital Library Services in the New Normal. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai aktiviti perkongsian ilmu melalui aktiviti Knowledge Sharing dan Bicara Karya telah dijalankan dengan variasi tajuk dan topik yang berlatarbelakangkan penyelidikan.  Turut dikongksikan penyelidikan yang telah berjaya dihasilkan oleh para penyelidik UTM khususnya untuk pembangunan komuniti sekitar.

Publication Talks, RADIS Webinar, dan Information Literacy for Research Workshop juga telah diadakan bagi memenuhi keperluan kepada para penyelidik UTM khususnya. Perkongsian ini merangkumi maklumat mengenai sumber-sumber rujukan, kaedah pendaftaran penyelidikan bagi tujuan penilaian dan pendedahan kepada jenis-jenis jurnal yang terdapat di platform atas talian yang boleh digunakan oleh penyelidik untuk penyelidikan mereka. Kesemua program yang dijalankan ini, telah menerima sambutan yang memberangsangkan daripada warga UTM.

Majlis Penutup UTM Library Research Weeks 2021 telah dijalankan pada 30 September 2021 secara atas talian. Sekilas ucapan daripada Puan Nor Asikin Mohamed, Ketua Pustakawan UTM menyatakan bahawa Perpustakaan UTM sentiasa menyokong kepada aktiviti pembelajaran dan penyelidikan dengan menyediakan pelbagai sumber maklumat berkualiti dan berimpak serta perkhidmatan berprestasi tinggi kepada para penyelidik UTM walaupun terpaksa mendepani cabaran dan kekangan akibat pandemik covid-19. Majlis Penutup UTM Library Research Weeks 2021 telah dirasmikan oleh yang berbahagia Prof. Dr. Rosli Md Ilias, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

Pertandingan Research Canvas merupakan acara tahunan dan telah memasuki tahun keempat penganjurannya. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada rakan sinergi dan penaja utama Program Research Week iaitu pihak Springer Nature atas sumbangan tajaan hadiah yang cukup lumayan untuk pertandingan ini. Pihak UTM Alumni juga turut menaja sebilangan hadiah bagi pemenang pertandingan Research Canvas anjuran Perpustakaan. Pertandingan ini telah dibuka penyertaannya bermula 4 Julai 2021 dan berakhir pada 29 Ogos 2021 dan merakamkan sejumlah 153 penyertaan. Semua penyertaan telah diadili secara profesional oleh barisan panel juri yang dilantik oleh pihak Perpustakaan UTM. Senarai nama pemenang telah diumumkan secara langsung semasa Majlis Penutup UTM Library Research Weeks 2021 yang telah disiarkan secara langsung melalui Facebook dan Youtube Perpustakaan UTM. Diharapkan penganjuran program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang dengan pelbagai aktiviti yang lebih menarik dan berimpak.

Share this :