Universiti Teknologi Malaysia meneruskan program dwi-tahunannya melalui Program Hari Bersama Pelanggan yang telah diadakan pada 11 November 2021 yang lalu. Program yang dijalankan secara dalam talian menggunakan aplikasi Webex diketuai oleh Jabatan Kualiti dan Pemgurusan Risiko mendapat sokongan daripada pelbagai jabatan termasuklah Jabatan Perpustakaan UTM. Hari Bersama Pelanggan dengan tema ‘Anda Tanya, Kami Jawab’ telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail, Naib Canselor UTM pada jam 9.00 pagi.

Jabatan Perpustakaan UTM telah melantik lima (5) orang Pustakawan sebagai petugas di program tersebut dalam menyantuni pelanggan secara maya ke e-kaunter bermula jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang. Pelbagai pertanyaan telah diterima daripada pelbagai kategori pengguna. Antara pertanyaan yang paling mendapat sambutan adalah penggunaan pangkalan data atas talian. Secara keseluruhan, program telah dijalakan dengan jayanya dan petugas sangat komited bagi memastikan pelanggan mendapat maklumat yang tepat.

Share this :