Librarian’s Talk Perpustakaan UTM telah diadakan pada 17 November 2021 secara langsung melalui Facebook Perpustakaan UTM. Siri keempat ini menampilkan Puan Syahranah Binti Ahmad Raqi, Pustakawan Kanan, Jabatan Perpustakaan UTM selaku panel jemputan manakala moderator ialah Puan Syazwani Syamimi Binti Mat Pauzi, Pustakawan Kanan, Jabatan Perpustakaan UTM.


Panel memulakan perkongsian dengan menerangkan peranan Unit Pengurusan Penerbitan Penyelidikan, Seksyen Perkhidmatan Maklumat & Penyelidikan serta sejarah penglibatan Perpustakaan UTM dalam pengurusan penerbitan penyelidikan UTM yang ditubuhkan pada tahun 2010. Seterusnya menurut panel pada tahun 2013, Unit Pengurusan Penerbitan Penyelidikan telah membuat penstrukturan semula selain mewujudkan garis panduan berkenaan penerbitan penyelidikan dan polisi penerbitan & insentif penerbitan UTM yang digunakan sehingga sekarang.


Manakala pada tahun 2014, pembangunan sistem RADIS memberi impak besar kepada Pengurusan data penerbitan penyelidikan UTM. Fungsinya dapat dikembangkan apabila data penerbitan yang disemak digunakan sebagai penilaian prestasi dan kenaikan pangkat staf akademik (eLPPT), laporan Research Development Commercialization Innovation (RDCI) fakulti dan Centre of Excellence (COE) serta penyediaan laporan pencapaian penerbitan penyelidikan universiti bagi keperluan KPT (MyRA & MyMOHES).

Aktiviti sokongan penyelidikan yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Perpustaaan UTM adalah kerjasama dengan pembekal pangkalan data dalam memberi penerangan serta bengkel kepada penyelidik, pelajar dan pensyarah bagi memastikan penerbitan yang berkualiti, sesi bersama penyelidik untuk berkongsi pengalaman melalui program ksharing, bengkel anjuran perpustakaan seperti bengkel metodologi penyelidikan, klinik RADIS serta bengkel ‘Where to publish’ dan khidmat nasihat kepada kumpulan penyelidik. Secara kesimpulannya, peranan Pustakawan bukan sahaja meliputi perkhidmatan kepada pengguna malah lebih luas dalam menyokong pembelajaran dan penyelidikan di universiti.

Share this :