Perpustakaan UTM telah mengadakan program k-sharing bertajuk “Persediaan Memilih Kerjaya Ketika Fasa Endemik” sempena Hari Kokurikulum Mingguan UTM pada 23 November 2021 secara dalam talian melalui Facebook Perpustakaan UTM dan Youtube UTM Library TV. Panel jemputan ialah Cik Nurul Ashikin binti Noor Rahim, Ketua Pegawai Operasi (COO), Primer Cherang Clinic dan Setiausaha, JEiWA manakala moderator ialah Cik Fadzleena binti Siam, Pembantu Pustakawan, Jabatan Perpustakaan UTM.


Panel berkongsi mengenai kecenderungan seseorang dalam pemilihan kerjaya yang merangkumi aspek seperti realistik, sosial, penyelidikan, keusahawanan, artistik dan konvensional. Tambahnnya lagi, kecenderungan juga bergantung kepada minat seseorang mahasiswa atau individu tersebut.


Antara intipati lain di dalam perkongsian ini ialah faktor perubahan dalam kerjaya ketika musim endemik dan persediaan semasa tempoh mancari pekerjaan atau membina kerjaya. Panel berpandangan mahasiswa perlu membina jaringan yang baik serta menghadiri webinar atau kursus dalam mempersiapkan diri untuk menempuh alam kerjaya. Tambah beliau lagi, pada perspektif majikan, mahasiswa yang mampu menjalankan pelbagai tugasan dalam satu – satu masa lebih mudah ditawarkan pekerjaan selain mempunyai sikap yang baik serta bersedia untuk berkerja lebih dari masa yang ditetapkan.


Di akhir program, panel memberi nasihat dan menyarankan agar mahasiswa bijak mengambil peluang yang ada serta menimba ilmu dan pengetahuan dengan majikan sebagai batu loncatan untuk berjaya di masa akan datang. Selain itu, beliau berharap mahasiswa agar terus komited dalam  pelajaran sehingga tamat pengajian.

Share this :