Barisan Pengurusan Perpustakaan UTM telah mengambil inisiatif merangka serta menyusun hala tuju jabatan dalam menyokong matlamat, misi dan visi UTM. Justeru, satu bengkel Management Retreat: Finding Niche & Standard Absolute telah diadakan pada 9 dan 10 November 2021 bertempat di Perpustakaan Raja Zarith Sofiah melibatkan Ketua Pustakawan, Timbalan Ketua Pustakawan dan Ketua Seksyen dari semua cawangan perpustakaan.

Pengurusan Perpustakaan UTM proaktif dalam merencana perancangan strategik jangka panjang dengan memperhalusi peranan perpustakaan dalam mendepani cabaran masa hadapan. Perpustakaan perlu menerokai cabang perkhidmatan baru berprestasi tinggi yang lebih fleksibel  untuk kekal relevan. Bengkel ini telah berjaya mencanai idea dan strategi untuk masa hadapan perpustakaan menjangkau ke 20 tahun akan datang. Semoga pelan perancangan ini dapat direalisasikan dengan jayanya melalui sokongan dan komitmen semua pihak.

Share this :