Perpustakaan UTM Kuala Lumpur (KL) tidak melepaskan peluang untuk menjalankan jerayawara semasa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Alumni UTM kali ke 7/2021 di Dewan Jumaah UTM Kuala Lumpur pada 28 November 2021. En Noriman Ibrahim, Pembantu Pustakawan Kanan telah diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab  memberikan taklimat dan perkhidmatan rundingan di booth yang disediakan.


Sejajar dengan program ini, promosi keahlian turut dijalankan dengan menawarkan pelbagai keistimewaan seperti meminjam dua buah buku dalam tempoh dua minggu, kemudahan untuk mengakses pangkalan data atas talian di perpustakaan secara percuma serta layak menerima perkhidmatan perundingan daripada pustakawan dalam pencarian maklumat pada kadar RM10 setahun.


Selain itu, turut diadakan penjualan buku Sedekad Transformasi UTM Kuala Lumpur (2010-2020) yang mendokumentasikan beberapa projek transformasi dan pembangunan yang berlaku sepanjang 10 tahun di Kampus UTM Kuala Lumpur di bawah projek pembangunan RMK-9. Menariknya buku yang akan dilancarkan pada tahun hadapan bersempena Sambutan 50 tahun UTM dijual dengan harga istimewa iaitu RM50 senaskhah berbanding RM75 kepada alumni.

Semoga program jerayawara perpustakaan dapat merapatkan jurang antara perpustakaan dan ahli alumni dengan menyalurkan maklumat terkini berkenaan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan dalam membantu mereka menjalankan kajian yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.

Share this :