Program BookSharing@UTMKL siri 18 telah diadakan pada 25 November 2021 secara dalam talian melalui Facebook Perpustakaan UTM Kuala Lumpur (KL). Dua orang pengulas telah dijemput iaitu Puan Fatin Azreen Binti Abdull Sahak, Penolong Pegawai Tadbir, MJIIT dan Encik Mohd Hafizuddin Bin Che Daud, Penolong Juruukur Bahan, Jabatan Harta Bina UTM KL. Moderator bagi program adalah Puan Sharifah Ezathul Imma Syed Zainal Abidin, Pustakawan Kanan, Perpustakaan UTM KL.

Pengulas pertama, Puan Fatin Azreen Binti Abdull Sahak telah memilih buku How To Win Friends & Influence People tulisan Dale Carnegie. Antara intipati buku ini ialah pengenalan komunikasi, kelebihan komunikasi sesama manusia, teknik-teknik asas menangani kritikan semasa komunikasi. Selain itu, penulis menyatakan penghargaan yang jujur dan tulus juga penting dalam membentuk komunikasi yang baik sesama manusia.

Pengulas kedua iaitu Encik Mohd Hafizuddin bin Che Daud telah berkongsi buku Keris Melayu Semenanjung karya Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad. Menurut beliau, buku ini menceritakan mengenai sejarah Keris Melayu Semenanjung, cara pembuatan dan tatacara pemakaiannya. Keris adalah menjadi simbolik masyarakat Melayu yang mempunyai sejarah serta nilai estetik yang tersendiri. Ianya telah digunakan sejak 700-800 tahun yang lalu sebagai senjata bagi melindungi diri.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat dan pengetahuan yang dapat digunakan pada masa akan datang.

 

Share this :