Program Bicara Karya CIDB : Construction Law Report 2020 : Summary of 2020 Written Judgements & Lessons Learnt telah diadakan pada 7 Disember 2021 secara langsung menerusi Facebook Perpustakaan UTM dan Youtube UTM Library TV. Panel jemputan adalah Dr. Noorfajri bin Ismail, Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan merupakan Alumni UTM.

Panel mengupas sebuah buku berjudul ‘CIDB : Construction Law Report 2020 : Summary of 2020 Written Judgements & Lessons Learnt’ terbitan CIDB Malaysia. Buku ini merupakan kompilasi ringkasan kes perundangan yang berkaitan dengan pertikaian dalam industri pembinaan yang ditujukan kepada pengamal industri. Buku setebal 330 halaman ini adalah terbitan CIDB edisi 2021 yang merangkumkan laporan pakar yang terdiri daripada ahli technical committee dan commentator.

Buku ini mengandungi 80 ringkasan kes penghakiman mahkamah. Buku ini terbahagi kepada dua (2) bahagian. Bahagian pertama adalah 40 kes yang mempunyai ulasan pakar manakala bahagian kedua mengandungi 40 ringkasan kes signifikan yang mudah difahami. Ia turut mengandungi 10 statistik industri pembinaan serta 14 statistik kes pembinaan yang dibicarakan di mahkamah pada tahun 2020.

Secara kesimpulannya buku ini adalah laporan berkaitan undang-undang pembinaan terutama ringkasan  penghakiman yang mudah difahami dan menjadi rujukan bukan sahaja kepada kepada pengamal industri pembinaan dan pengamal undang-undang tetapi juga kepada seluruh lapisan masyarakat.

Share this :