Pada 11 Oktober 2021, Jabatan Perpustakaan UTM telah mengadakan Bengkel Leadership for Librarian melalui platform dalam talian iaitu Cisco Webex Meetings dihadiri oleh Pustakawan di UTM Johor Bahru, Pagoh dan Kuala Lumpur. Fasilitator program ialah Dr. Nor Edzan Binti Che Nasir, mantan Ketua Pustakawan di Universiti Malaya. Bengkel yang bermula pada jam 9.30 pagi ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan aspek kepimpinan di dalam bidang kepustakawanan bagi menerajui perpustakaan dengan cemerlang.

Tiga perkara utama yang ditekankan di dalam bengkel ialah “Vision and strategy” iaitu visi yang ingin dicapai dan pelan strategi yang ingin dirangka oleh seseorang pemimpin, “Mindset, Grit and Resillience” iaitu penetapan minda, kecekalan dan ketahanan yang perlu dimiliki untuk menjadi pemimpin terutama dalam bidang kepustakawanan dan “Communications and Change” iaitu cara berkomunikasi dan sifat keterbukaan seeorang pemimpin untuk menerima perubahan. Perkara lain yang turut dikongsikan oleh fasilitator adalah mengenai kerja berpasukan dan gaya kepimpinanan pustakawan.

Semoga ilmu dan pengetahuan mengenai kepimpinan pustakawan dimanfaatkan sepenuhnya dalam membentuk budaya kerja yang sihat sekaligus memupuk motivasi yang tinggi dalam kalangan warga perpustakaan.

 

Share this :