Inisiatif perjumpaan Ketua Pustakawan bersama staf Perpustakaan UTM Johor Bahru, Pagoh dan Kuala Lumpur telah diadakan pada 16 November 2021 bagi menyampaikan amanat dan sekaligus membentangkan laporan pencapaian Perpustakaan UTM pada tahun 2021. Ini merupakan perjumpaan pertama Ketua Perpustakaan UTM bersama staf Perpustakaan, setelah beliau dilantik sebagai Ketua Pustakawan pada 17 Jun 2021.

Program ini telah diadakan pada jam 3.45 petang secara dalam talian menerusi aplikasi Cisco Webex. Antara perkara yang telah dibentangkan oleh Ketua Pustakawan semasa perjumpaan ini adalah Pelan Pembangunan Perpustakaan, kejayaan penganjuran program 2021, kelas pendidikan pengguna dalam talian, UTM Library Framework 2025, perancangan jangka panjang Jabatan Perpustakaan UTM 2030, Action Plan for 2022 – 2025, pelan pembangunan bakat staf Jabatan Perpustakaan UTM dan lain-lain lagi.

Secara kesimpulannya, Ketua Pustakawan menyatakan bahawa warga perpustakaan perlu mempunyai sikap berdaya saing dan sentiasa proaktif untuk maju ke depan dengan mempelajari kemahiran terkini serta mengikut etika kerja supaya dapat menyampaikan perkhidmatan kepada para pengguna seiring dengan perkembangan semasa.

Share this :