Jabatan Perpustakaan dengan kerjasama Ibnu Sina Institute for Scientific and Industrial Research UTM telah mengadakan program k-sharing bertajuk ‘From Stochastic Process To Uncertainty Quantification’ secara langsung menerusi Facebook Live Perpustakaan UTM dan Youtube UTM Library pada 29 Disember 2021. Panel jemputan ialah Prof. Madya. Dr. Arifah binti Bahar, Pengarah UTM-CIAM dari Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia. Manakala moderator program ialah Dr. Zaiton binti Mat Isa, Felo Penyelidik UTM-CIAM dari Jabatan Matematik, Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia.

Panel memulakan sesi perkongsian dengan memberi penerangan maksud ‘uncertainty’ dan ‘quantification’. Menurut kamus Cambridge, ‘uncertainty’ bermaksud satu keadaan yang tidak dipasti, atau sesuatu yang tidak diketahui atau tertentu. Terdapat tiga jenis ‘uncertainty’ iaitu ‘knowledge uncertainty’, ‘natural variant’ dan ‘decision uncertainty’. ‘Uncertainty quantification’ pula bermaksud sains yang diukur, mencirikan, mengesan dan mengurus ketidakpastian dalam pengiraan  sistem dunia sebenar.

Prof. Madya. Dr. Arifah menerangkan bagaimana proses ‘stochastic’ berlaku di mana setiap proses yang berlaku menggunakan formula yang tertentu. Beliau turut memberikan beberapa contoh dalam kehidupan seharian bagi mengukuhkan kepahaman para penonton. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat selain meningkatkan pengetahuan dalam bidang ini.

Share this :