Pada 12 Januari 2022, telah berlintas secara langsung Program Bicara Karya bagi sesi pertama untuk tahun 2022 anjuran Perpustakaan UTM Kuala Lumpur yang bertajuk “Muhammad 11 Leadership Qualities That Changed The World” karya Nabeel Al- Azami.  Program yang dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Fathi Yusof, Timbalan Pengarah Pusat Islam  UTM Kuala Lumpur dengan berbesar hati telah menjemput Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim daripada Azman Hashim International Business School (AHIBS) selaku panel jemputan.

Buku ini membentangkan sebelas (11) ciri-ciri kepimpinan iaitu Integrity, Holistic Justice, Spiritual Intelligence, Competence, Courage, Compassion, Servant Leadership, Practical Wisdom, Resilience, Pragmatic Decisiveness dan Vision. Ia terbentuk daripada kajian yang menerapkan model sirah (kehidupan nabi) sebagai pemimpin yang baik. Corak kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W diterokai dan dianalisis dengan lensa kepimpinan pakar untuk mengekstrak tentang pengurusan yang berkesan dan berjaya serta pemimpin yang berkualiti dan berintegriti.

Panel berpendapat bahawa program ISES yang diterapkan kepada Staff  UTM pada masa ini, amatlah bersesuaian dengan contoh serta pengisian yang terkandung didalam buku ini. Penekanan terhadap intergriti dalam mentadbir urus sesebuah organisasi amatlah perlu bagi mengelakkan kepincangan dan salah laku dalam membuat sesuatu keputusan serta menjadi seorang pemimpin yang baik. Perspektif Islam tentang kepimpinan turut diterjemahkan sebagai “Amir, Imam, Khalifah, Sayyid, Qaid, Za’im, Mursyid dan Rais. Kepimpinan Nabi Muhamamd S.A.W merangkumi kesemua tiga jenis kepimpinan adair berasaskan jawatan (hierarki) , pengetahuan, kepakaran dan berasaskan karisma serta inspirasi .

Diakhir sesi ini, panel berkongsi tips yang terdapat didalam buku ini, tentang kaedah untuk menjadi lebih berwawasan dengan berorientasikan matlamat hidup yang tepat dengan menyenaraikan perkara yang penting dalam hidup serta menetapkan matlamat untuk jangka pendek dan panjang.

 

Artikel ini ditulis oleh Siti Aznur Binti Mohd Salleh, Amira Binti Adini dan Nur Syam Mahirah Binti Jilah.

Share this :