Pada 7 Februari 2022, satu majlis amanat Ketua Pustakawan UTM telah diadakan secara dalam talian yang telah dihadiri oleh semua staf Jabatan Perpustakaan UTM Johor Bahru, Pagoh dan Kuala Lumpur. Ketua Pustakawan membentangkan ringkasan amanat YBhg Naib Canselor kepada staf UTM serta menerangkan fungsi Jabatan Perpustakaan UTM agar semua staf dapat merancang dan menjalankan tugas selari dengan matlamat, misi dan visi universiti. Antara yang difokuskan dalam amanat Ketua Pustakawan adalah Speed, Collaboration & Resilience. Semua Pustakawan diminta untuk memberikan kerjasama terbaik dalam membantu penyelidik di UTM melalui penerbitan, analisis data dan Data Steward.

Selain amanat Ketua Pustakawan, majlis turut meraikan staf yang menerima Anugerah Jasa Bakti bagi tahun 2020, Staf yang bersara, meletak jawatan dan berpindah ke cawangan perpustakaan. Senarai staf yang diraikan adalah seperti berikut:

Penerima Anugerah Jasa Bakti (AJB) 2020:

  1. Junaidah binti Abdullah
  2. Razib bin Karno
  3. Nor Hafiza binti Daud Kaiyin
  4. Nurfarahin Jasmine See bte Abdullah

Senarai Staf Bersara pada tahun 2022 adalah seperti berikut:

  1. Mohd Nasir bin Ibrahim
  2. Mohd Alias bin Tohiran
  3. Abdul Rahman bin Ahmad
  4. Khalid bin Yusoff
  5. Abas bin Rahmat
  6. Abdul Hadi bin Taib
  7. Mohsin bin Rafie
  8. Abdul Jalil bin Hassan
  9. Siti Zaleha bte Hj Samad

Staf meletak jawatan dan berpindah adalah seperti berikut:

  1. Norashikin binti Johari – meletak jawatan kerana mendapat tawaran sebagai Pustakawan di UTHM Batu Pahat Johor.
  2. Muhammad Khairuddin bin Zainon – berpindah ke PSZ KL.

Majlis diakhiri dengan penyerahan cenderahati yang disampaikan oleh Ketua Pustakawan kepada semua staf yang diraikan.

Share this :