Perpustakaan UTM Kuala Lumpur telah dikunjungi oleh Prof. Ts Dr. Abdul Latif bin Saleh, Pro Naib Canselor, UTM Kuala Lumpur (UTM KL) pada 25 Februari 2022 (Jumaat) bagi Program Libat Urus Pro Naib Canselor UTM KL bersama pengurusan Perpustakaan UTM KL: Hala tuju enVision 2022.

Perjumpaan yang bermula pada jam 10 pagi itu diadakan secara hibrid di Wisdom Lounge Perpustakaan UTM KL dan  melalui platform webex  di mana para Pustakawan UTMKL hadir secara maya.

Sepanjang dua jam perjumpaan itu, halatuju dan KAI Perpustkaan UTMKL untuk tahun 2022 telah dibentangkan oleh Puan Nik Masriza Zakaria (TKP Kuala Lumpur) untuk mendapatkan input balas daripada Pro-Naib Canselor. Sebanyak empat belas keseluruhan inisiatif yang merangkumi kesemua empat objektif strategi telah dijelaskan dengan terperinci. Semoga perancangan yang dibuat dapat direalisasikan demi manfaat warga UTM dan juga kemajuan organisasi.

Share this :