Program k-sharing “Big Data Visualization Challenges and Tools” anjuran Perpustakaan UTM dengan kerjasama Ibnu Sina Institute For Scientific & Industrial Research UTM telah menampilkan Professor Dr. Azlan Mohd Zain selaku panel dan PM Dr. Mahadi Bahari sebagai moderator. Program telah berlangsung secara dalam talian di Facebook dan Youtube Perpustakaan UTM selama sejam bermula dari 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari pada 28 Februari 2022.
Professor Dr. Azlan Mohd Zain meneruskan perkongsian program dengan penerangan mengenai tajuk dan dapatan yang akan diperoleh oleh penonton di akhir program. ‘Big data’ boleh didefinasikan dengan melibatkan tiga perkara asas iaitu volume (kadar besar data), velocity (berkaitan dengan masa), dan variety (datang dari pelbagai sumber).
Seterusnya, panel menerangkan setiap proses yang berlaku dalam mewujudkan sesebuah data menerusi slaid pembentangan secara terperinci. Fakta mengenai data yang wujud telah diterangkan semasa program. Revolusi kepada ‘Data Visualization’ telah berlaku dari tahun 1500 sehingga kini. Terdapat beberapa tools & software yang tersedia yang boleh digunakan bagi memudahkan proses menganalisa data mengikut kesesuaian.
Beliau turut berkongsi tips dalam menangani cabaran yang mungkin dihadapi ketika menghasilkan ‘Data Visualization’. Di penghujung program, Professor Dr. Azlan Mohd Zain yang juga Pengarah kepada UTM Big Data Centre telah berkongsi analisis yang telah beliau hasilkan sepanjang memegang jawatan tersebut sehingga kini.