Pada slot ketiga Program K-Sharing sempena hari wanita membawakan PM Ts Dr Dayana Farzeeha Ali sebagai panel jemputan. Manakala Sdr Maizatul Nadwa Che Aziz sebagai moderator program. Tajuk program ini ialah Cipta Kelainan…Formula Usahawan Berjaya telah diadakan pada jam 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang secara dalam talian melalui platform Youtube dan Facebook Perpustakaan UTM.

Di awal program panel memberikan pendapat dan pandangan mengenai tema hari wanita “Saksama Bersama” sangatlah sesuai yang mana menunjukkan betapa pentingnya wanita bagi mencapai kesaksamaan dan potensi wanita ini di iktiraf. Tambahnya lagi wanita juga mampu memberikan peranan yang sangat penting dalam menyediakan masa depan yang mampan, selari dengan tema hari wanita antarabangsa iaitu “gender equality”. Ia memastikan pengagihan ekonomi itu adil dan saksama supaya wanita ini tidak di tinggalkan. Di Malaysia, wanita di iktiraf dan sangat signifikan dalam pelbagai sektor pembangunan negara, dengan peranan mereka di peringkat yang lebih tinggi. Ini membuka peluang sama rata kepada wanita, untuk bersuara. Jika di beri sokongan, motivasi dan juga bantuan sewajarnya, wanita ini mampu memberikan yang terbaik dalam memberikan peranan kepada kemajuan negara.

Seterusnya panel menyatakan sumber inspirasi adalah ibu beliau sendiri, Hajah Noraini binti Mohamad. Panel berkongsi pendidikan tertinggi ibunya ialah Siji Tinggi Pelajaran malaysia, dan kerjaya pertama yang di sandang merupakan seorang kerani. Kemudian bertugas sebagai Penolong Siasatan dia Biro Siasatan Negara yang kini di kenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menamatkan kerjayanya sebagai Pengarah Bahagian Integriti di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK). Kejayaan ibu beliau dalam meningkatkan tahap pekerjaan dari seorang kerani sehingga menjadi seorang yang berjawatan tinggi tanpa mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga, sangat memberi kesan kepada panel dalam menjadikannya sebagai sumber inspirasi dalam kehidupan.

Terdapat beberapa pegangan prinsip yang di kongsikan oleh panel dalam mencorak perjalanan hidup dan kerjayanya. Antaranya adalah dengan menanam sikap realistik dan juga sedar diri. Beliau merasakan, dua sikap ini dapat membantu dalam merefleksikan diri beliau tentang kelemahan beliau dan juga perkara-perkara yang boleh di perbaiki untuk menjadi lebih baik.

Seterusnya panel mengingatkan agar tidak berhenti belajar walaupun telah menerimat pelbagai kejayaan dan juga pengiktirafan. Setiap hari akan ada ilmu baru di dalam bidang kepakaran kita yang boleh di guna pakai dalam memajukan diri. Jangan malu untuk mengaku tidak tahu tentang sesuatu perkara dan jadilah seseorang yang mempunyai rasa ingin tahu dan belajar tentang perkara tersebut. Sikap ini dapat membantu untuk lebih memahami setiap tugasan yang diberikan dan akan menjadikan hasil akhir itu lebih baik. Selain itu panel juga menyatakan yang beliau mengambil sikap untuk memudahkan setiap urusan yang dilakukan, dari urusan peribadi dan juga urusan yang melibatkan orang lain. Mengutamakan urusan yang melibatkan pelbagai pihak berbanding urusan diri sendiri, supaya tidak memberi kesan kepada tindakan yang seterusnya.

Panel memaklumkan hasil kejayaannya hari ini tidak di perolehi dengan mudah, terdapat pelbagai halangan dan juga rintangan yang lalui. Pembahagian masa yang rapi telah disusun dalam mengatur setiap tanggungjawab sebagai seorang pensyarah, pengarah dan juga isteri. Pen dan buku nota sentiasa menjadi peneman walau kemana sahaja beliau pergi berurusan bagi menyenaraikan setiap tugasan jangka pendek dan jangka panjang dengan mengenalpasti tugasan utama yang perlu diselesaikan dan diagihkan kepada kumpulan kerja.

Menurut panel kejayaannya juga adalah hasil sumbangan kerja secara berkumpulan samaada dengan pelajar, staf dan juga ketua di fakulti. Peranan sebagai ketua sebenarnya adalah menjadi penyokong dan pembimbing kepada staf seliaan dan bukan sekadar mengetuai semata-mata. Komunikasi yang berkesan juga sangat membantu dalam melancarkan setiap tugasan yang diberikan, akan mengurangkan salah faham dan penangguhan tugas. Selain itu, sokongan dari pasangan juga sangat memberikan impak dalam kejayaan beliau pada hari ini dalam merealisasikan impian.

Diawal pembabitan beliau dalam bidang keusahawanan, antara perniagaan yang diceburi ialah menjual ayam goreng yang berharga RM1 dan menjual kopi Vietnam bersama suami di tepi jalan bagi mengenalpasti kekuatan yang ada di dalam diri. Namun, titik awal beliau bergelar sebagai usahawan adalah hasil kemenangan Super Teraju, dan dianugerahkan geran sebanyak Rm500,000 untuk mengkomersilkan produk beliau selain dapat membuka peluang pekerjaan kepada orang lain.

Di akhir perkongsian, panel berpendapat bahawa menjadi seorang ketua bukan sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi apabila perlu berhadapan dengan staf seliaan yang lebih berusia dan juga lebih berpengalaman. Maka, panel menyarankan untuk memerhati dan mengenali profil setiap staf seliaan. Inisiatif awal di lakukan oleh panel ialah dengan mengenali mereka melalui sesi “one to one”. Sesi ini mendapat maklum balas positif dari mereka yang mana, mereka tidak pernah di beri peluang untuk bertemu secara dekat dengan pegawai atasan mereka. Menjadi ketua bukan sekadar memberi arahan, ketua juga perlu mendengar dan mengambil maklum pendapat dari yang lain.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat selain dapat memberi motivasi para wanita diluar sana untuk terus berusaha meningkatkan martabat dan cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.

Share this :